Wednesday 19 June 2013

Susu atau Soya


Saya antara penggemar produk tenusu. Saya sangat suka minum susu. Dulu waktu zaman belajar, satu hari hampir 5 cawan saya minum susu. Lagi pula saya seorang yang sangat aktif dalam bersukan dan berpersatuan disamping pelajaran. Saya akan pastikan saya minum susu sebelum tidur.

Dulu saya sangat yakin bahawa susu akan membantu badan saya menjadi sihat. Selain susu membekalkan kalsium, susu juga berfungsi sebagai agent kenyang untuk perut saya kerana saya kerap diserang gastrik. Susu adalah alternatif untuk mengurangkan rasa sakit perut saya. Itu benar dan saya tidak menafikan kebaikan susu. Namun kini saya tidak boleh jadi penggemar susu. Tanpa diduga tiba-tiba saya diserang IBS (Irritable Bowel Syndrome) yang sangat teruk sehinggat mengganggu aktiviti seharian saya. Setelah menjalani beberapa rawatan antara Endoscopy akhirnya doktor mengesahkan saya arlegik pada produk tenusu lebih-lebih lagi susu. Doktor menyatakan bahawa usus saya ada sedikit luka dan produk tenusu akan mengaktifkan bakteria pada luka tersebut.

Pada mulanya saya kurang percaya, tetapi setelah melakukan kajian di atas diri saya sendiri saya yakin dan pasti bahawasanya saya seorang yang arlegik susu. Apabila saya minum susu saya akan serta merta cirit birit, berterusan sehingga saki baki susu dalam usus saya habis, boleh dikatakan seharian saya akan cirit birit.

Sejak dari itu saya tidak lagi minum susu (walaupun adakalanya saya minum juga sebab teringin). Kini saya lebih banyak minum susu berteraskan soya dari bahan tenusu. Dan yang terkini saya mengamalkan pengambilan soya Energizing Soy Protein (ESP) yang mana satu hidangannya bersamaan dengan 12x ganda susu. Jadi saya tidak perlu risau tentang kekurangan zat dalam tubuh badan saya akibat tidak mengambil produk tenusu kerana ESP mampu menyumbangkan nutrisi yang diperlukan dalam tubuh badan saya. Serta yang paling penting adalah saya merasa selesa dan puas. Selesa tidak perlu berulang alik ke tandas. Puas kerana saya juga boleh dapatkan nutrisi yang ada pada susu.

Anda pula?? Mungkin anda tiada arlegik seperti saya.

Sunday 19 May 2013

KELAHIRAN YANG SUCI , PERMULAAN


Setiap kelahiran bersifat suci, kerana kelahiran itu adalah satu permulaan hakiki. Sesuatu yang dilahirkan samada insan, haiwan, atau benda-benda lain seperti ubat untuk rawatan perubatan atau siapnya sebuah bangunan boleh dikategorikan sebagai kelahiran. Maka dengan sifat kesuciannya itu, haruslah kita halusi, olahi serta gauli dengan penuh rasa tanggungjawab agar kesuciannya terpelihara.

Sesuai dengan sabda junjungan kita Nabi Muhammad shallallahu'alaihi wasallam mafhumnya : Tiada kelahiran kecuali dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibubapanyalah yang membentuknya samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi. (Riwayat Bukhari)

Hari ini saya meraikan kelahiran blog saya sebagai permulaan saya dalam mendalami beberapa bidang. Oleh yang demikian dengan rasa penuh kesyukuran dan rendah hati saya memohon agar pembaca semua dapat mendoakan kejayaan saya dalam permulaan bidang yang ingin saya ceburi. Seperti mana perkahwinan juga dianggap sebagai satu permulaan, yang mana ada kelahiran bayi, kegembiraan serta kesedihan. Jadi saya pasti ruangan ini tidak ketinggalan semua hal-hal tersebut, kelahiran, kegembiraan dan kesedihan.Mohon bantuan tunjuk ajar teguran dari pembaca untuk menjadi yang terbaik.Sebagai ganjarannya, akan saya doakan segala hajat baik pembaca tegar saya akan menjadi kenyataan. Sama-samalah kita mengISLAHkan diri kita untuk jadi mukmin sejati.

*ISLAH = perbaiki

أهلا وسهلا


SELAMAT DATANG ke RD's Palace  ^_^

Istana online saya  *_*
 

My Blog List

Term of Use

Ruhi Dufaz Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino